Menulis dalam sesebuah blog bukanlah suatu perkara yang sukar tetapi menghasilkan artikel dengan penulisan yang baik itu tidak mudah. Saya juga masih belajar untuk menulis dengan baik. Artikel ini hanya bersifat pendapat peribadi semata-mata dan terpulang kepada anda samada ingin bersetuju ataupun tidak dengan saya. Namun bagi saya, inilah 7 buah blog berbahasa Melayu terbaik yang saya sering kunjungi.

Blog-blog yang terdapat dalam senarai ini tidak disusun mengikut kategori ataupun niche tertentu tetapi kebanyakan artikel yang terdapat di blog ini sangat bermanfaat untuk dibaca. Blog gosip dan hiburan tidak dimasukkan dalam senarai ini ye ūüėÄ

7 Blog Bahasa Melayu Terbaik Untuk Blogwalking

Pakdi.net – Blog Pengurusan Wang

Antara blog yang menjadi senarai utama untuk saya kunjungi. Saya suka membaca penyampaian ringkas dan padat¬†oleh Pakdi mengenai pengurusan wang dan hutang kerana penyampaian beliau mudah untuk difahami. Sangat ‘straight to the point’. Saya mula mengikuti dan membaca artikel-artikel di blog ini¬†selepas mendapatkan Panduan Cashflow yang dihasilkan oleh beliau. Memang sangat bermanfaat terutamanya jika anda sedang mengambil tindakan untuk memperbaiki pengurusan kewangan diri.

AbangEnsem.com – Blog Tips Hartanah

Seorang pakar hartanah yang tidak lokek berkongsi ilmu samada di blog mahupun di Facebook. Jika dulu saya fikir ilmu mengenai hartanah itu susah dicerna, tetapi setelah lama mengikuti tulisan-tulisan beliau, saya semakin faham dan berminat dengan hartanah dan pelaburan hartanah. Jika anda tidak tergelak semasa membaca perkongsian beliau, itu suatu perkara yang mustahil. Contohnya semasa membaca artikel mengenai tips membeli rumah baru ini.

Amanz.my – Blog Teknologi Terkini

Salah satu blog yang saya akan lawati dan baca hampir setiap hari. Blog ini juga boleh dimasukkan dalam senarai jika anda berminat untuk mengetahui perkembangan terkini dunia teknologi contohnya mengenai gajet-gajet terbaru. Infografik-infografik yang dihasilkan juga cantik dan mudah difahami.

CikguIK.com – Blog Info Pendidikan & Pengetahuan

Blog ini merupakan antara rujukan terbaik untuk seseorang guru mengetahui info-info yang berkaitan dengan pendidikan seperti penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan serta panduan bagi memudahkan tugasan seharian seorang guru. Jikapun anda bukan seorang guru, masih terdapat banyak panduan dan maklumat yang boleh dimanfaatkan seperti artikel mengenai aplikasi amaran harga tiket penerbangan yang murah ini.

Funtasticko.net – Blog Sensasi Otomotif Terkini

Jika anda seorang yang minat segala perkara berkaitan kereta, blog ini sesuai untuk anda. Bukan saja anda boleh mendapatkan maklumat mengenai pelbagai model kereta yang disukai, bahkan anda boleh menjadikan review dan video pandu uji kereta-kereta terbaru  (contohnya  video pandu uji Proton Perdana 2016) di blog ini sebagai rujukan sebelum mendapatkan mana-mana kereta idaman anda.

MajalahNiaga.com – Blog Sumber Informasi Keusahawan

Anda bercita-cita ingin menjadi usahawan? Jika ya, blog ini sesuai untuk anda. Blog ini mengandungi pelbagai maklumat yang boleh menjadi rujukan untuk usahawan samada yang baru ataupun yang lama. Selain itu, anda akan terinspirasi dengan kisah-kisah usahawan yang dimuatkan di dalam artikel blog mahupun ebook yang boleh dimuat turun secara percuma setiap bulan.

TheVocket – Viral In Your Pocket

Semua yang trending, ada di sini! Itulah yang boleh saya katakan mengenai The Vocket. Hampir setiap hari, saya akan mengunjungi blog ini kerana seronok membaca artikel-artikel berkaitan topik yang saya sendiri mungkin tidak pernah terfikir. Contohnya kisah mengenai bagaimana Islam dimuliakan ketika bulan Ramadhan di London.

Jika anda ingin kongsikan mana-mana blog yang anda rasakan menarik untuk dibaca, saya alu-alukan untuk anda berbuat demikian di ruang komen di bawah ūüôā